page contents

Friday, November 20, 2015

Stesen Keretapi Ipoh - Ipoh Railway Station, Disebalik 1001 Kisah Bangunan Senibina Kolonial British

Menyingkap Kisah 1000 Cerita Di Sebalik Senibina Bangunan Stesen Keretapi Ipoh - Ipoh Railway Station

Bangunan Stesen Keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station Building), merupakan salah satu daripada Bangunan yang menyimpan 1000 kisah cerita semenjak daripada hari mulanya ia dibina

https://hsgemilang.blogspot.my

Stesen Keretapi Ipoh yang pertama telah dibina pada tahun 1894 sebagai pengangkutan utama untuk Keretapi Perak (Perak Railway). Ianya berfungsi sebagai pengangkutan awam selama 20 tahun sekitar Bandar Ipoh dan pada akhir tahun perkhidmatan ianya telah dikawal selia oleh Negeri Melayu Bersekutu Keretapi (Federated Malay States Railway)

https://hsgemilang.blogspot.my

Pada tahun 1914, pembinaan stesen kedua dan hotel untuk menggantikan stesen pertama telah bermula. Senibina Bangunan ini telah direka oleh Arthur Benison Hubback (Arkitek yang sama untuk senibina Bangunan Dewan Bandar Ipoh (Ipoh Town Hall) dan Mahkamah Tinggi Ipoh (Ipoh High Court)
https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my
Brigadier General AB Hubback
Kisah Mengenai AB Hubback boleh dirujuk daripada Post bertajuk Ipoh Town Hall

Telah dibuka secara rasmi pada tahun 1917, kelihatan War Memorial 
dibina pada bahagian hadapan Bangunan ini.

https://hsgemilang.blogspot.my

Berdasarkan sejarah semasa pembinaannya, masaalah yang dihadapi pada zaman itu adalah kekurangan bahan dan kos buruh telah meningkat secara 
mendadak semasa Perang Besar (Great War).

https://hsgemilang.blogspot.my

Bangunan ini mempunyai dua tingkat, bahagian pentadbiran di bahagian bawah dan Hotel Majestic beroperasi di tingkat atas. Hotel ini juga mempunyai ruang untuk Restoran dan Bar.
Pada awal perkhidmatan Hotel ini hanya menawarkan 17 bilik pada bahagian tingkat dua, dan telah dinaik taraf spenuhnya kepada 21 bilik pada tahun 1936.

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

Sebagai Maklumat, Hotel ini tdak lagi beroperasi dan sebagai Warga Bandar Ipoh amat terkilan dengan Pihak yang mentadbirkannya kerana ia telah mencacatkan Senibina Sejarah ini

Adakah masih mengikuti Artikel ini ?
Apakah yang Anda Pelajari hasil bacaan daripada Artikel ini ?
Adakah ianya memberi faeddah kepada Anda ?

Stesen Keretapi Ipoh, antara perkhidmatan yang digunakan sebagai 
pengangkutan utama semasa zaman kegemilangan Bijih Timah dan 
Ipoh adalah Bandar yang sibuk ketika itu jika dibandingkan dengan Bandar 
lain diseluruh Malaysia. 
Selain daripada Stesen Keretapi, Bangunan ini juga menempatkan 
sebuah Hotel pada bahagian atasnya yang dikenali sebagai 
Hotel Majestic (Majestic Hotel)
https://hsgemilang.blogspot.my

Perkhidmatan ini telah melalui era abad 21 dan dimodenkan dengan menggunakan 
Kuasa Elektrik yang lebih dikenali sebagai Electric Train Service (ETS).
Ia berfungsi sebagai terminal kereta api utama bagi negeri ini dan ianya dibawah pentadbiran 
Keretapi Tanah Melayu, yang menawarkan perkhidmatan Intercity KTM, perkhidmatan ETS, serta mengendalikan kereta api barang.

https://hsgemilang.blogspot.my
Era Daripada Tenaga Stim hingga ke Elektrik
Pada bahagian hadapan Bangunan ini, ada sebatang Pokok yang ditanam pada 1980 
dan dikenali sebagai Pokok Ipoh (Upas).
Getah pokok ini mengandungi racun dan ianya 
digunakan oleh penduduk Orang Asli untuk memburu binatang. 
Getah pokok ini akan disapu pada bahagian busur anak panah

https://hsgemilang.blogspot.my

Selain daripada Pokok Ipoh, pada bahagian sisi kanan halaman tersebut mempunyai batu peringatan yang dikenali sebagai Memorial War.
Ia mengenangkan Askar dan Rakyat yang terkorban semasa ;

Pembinaan Landasan Maut antara Thai dan Burma

The Malayan Emergency 1948 - 1960

Indonesian Confrontation 1962-1965

The Re-Insurgency 1972 - 1990

Great War - 1914 - 1918

World War 1939 - 1945

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

Bangunan baru yang telah dibuka pada tahun 1917 ternyata amat berbeza. 
Rekabentuk bercirikan Kolonial Barat dan hasil senibina asas
ini telah dicampurkan dengan elemen
 "Neo-Moorish/Mughal/Indo-Saracenic/Neo-Saracenic" 
yang menggambarkan senibina 
British Indian Colonial.
Amat berbeza jika dibandingkan dengan senibina 
Stesen Keretapi Kuala Lumpur, 
kerana bahagian luaran bercirikan kebaratan

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

Pada waktu malam, keindahan Bangunan ini begitu ketara apabila 
diterangi lampu dan keindahan Air Pancut yang beraneka warna

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my




Type Of Package

A. Day Tours - Ipoh Heritage Walk
Per Head RM20 
(maximum 10 persons in One Group/Vehicle)

Meeting Point

Airport,Railway Station/Terminal Bas Aman Jaya 
(Ipoh Area) - Pickup

Hotel 
(Ipoh Area) Pickup

Others
Upon Request (different rate)

Duration : 3-4 hours

Location : Ipoh Old Town 


Saturday, November 7, 2015

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak, 30 Fakta Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Istana Ini

Kellie's Castle, 30 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya

30 fakta tentang Kellie's Castle akan sentiasa di bicarakan dengan satu syarat iaitu Senibina Bangunan ini akan terus di kawal selia untuk memastikan ketahanannya kekal pada waktu jangka yang lebih lama.

Untuk apa jika hanya menyimpan satu Sejarah hanya yang terkandung didalam Buku. Ianya di karang oleh berbagai khayalan atau imaginasi oleh seseorang yang bernama Penulis dan hanya bersertakan kepingan Gambar yang dicetak . Kellie's Castle akan terus dianggap Sejarah yang Terulung bukan hanya berdasarkan cerita yang telah disampaikan itu telah berusia melebihi ratusan tahun. Tetapi yang menjadikannya Istana yang Terulung dan Unik kerana sehingga saat ini, pada waktu ini setiap 30 fakta yang melibatkan Senibina Kellie's Castle masih tetap kekal berada di depan mata.

Mungkin satu hari nanti, cerita Kellie's Castle hanya ada didalam buku bersertakan gambarnya yang dirakam berbagai sudut. Jika ini terjadi, maka kehebatan Sejarah mengenainya akan luput dan hilang ditelan zaman. Jika itu terjadi, maka nilai dan erti Sejarah itu tidak akan kekal di Negara ini dan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjaganya telah buta Sejarah dan telah duduk ditempat yang bukan sepatutnya.

hsgemilang.blogspot.my
Senibina Bangunan Yang Masih Kekal seiring dengan Sejarah
Ikutilah fakta-fakta yang telah dijadikan sebagai satu lipatan 
Sejarah berdasarkan Senibina Istana ini.

Istana Kellie (kadang kala ia juga dikenali sebagai Folly Kellie) ialah sebuah istana 
yang terletak berhampiran pekan Batu Gajah, Perak, Pembinaannya tidak sempat 
untuk disempuranakan setelah kematiannya. Istana ini di rancang pembinaannya 
dan di miliki oleh seorang yang berasal daripada Scotland yang bernama 
William Kellie Smith.

hsgemilang.blogspot.my

Menurut pendapat yang berbeza, Istana ini dibina sebagai hadiah kepada isterinya ataupun anaknya. 
Kedudukan Kellie Castle bersebelahan dengan sebatang anak Sungai 
yang mengalir di kaki bukit diberikan nama 
Sungai Raya dan ianya bersambung dengan 
Sungai utama Negeri Perak iaitu Sungai Kinta.

hsgemilang.blogspot.my

Setelah beradanya Beliau di Tanah Melayu pada ketika itu, telah menyertai firma kajian Charles Alma Baker, yang telah memenangi konsesi kontrak daripada kerajaan negeri untuk membersihkan 9.000 hektar hutan di Batu Gajah, Perak. 

hsgemilang.blogspot.my

Dengan menikmati keuntungan besar yang diperolehi oleh perniagaan dengan Baker,
Smith telah membeli 1,000 ekar (405 hektar) tanah hutan di daerah Kinta dan mula 
menanam pokok getah dan berkecimpung di dalam Industri perlombongan Bijih Timah. 

Dengan hasil kekayaannya, dia telah pulang ke Scotland untuk berkahwin dengan kekasih hati beliau, iaitu Agnes.Pasangan suami isteri ini tiba pada tahun 1903 dan bermulalah kisah hidupan mereka berdua di Kella's House sehingga terancangnya pembinaan Kellie's Castle.


hsgemilang.blogspot.my

Pada tahun berikutnya, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Helen. Kisah hidup anak perempuan pasangan ini menjadi bualan juga kerana sehingga saat ini masih tidak dapat mengesan jejak kehidupannya selepas anak gadis ini meninggalkan Tanah Melayu.

Pada tahun 1909 Smith telah membina rumah beliau yang pertama yang diberi nama 'Kellas House'. Setelah 6 tahun mereka tinggal di Kellas House, anak kedua yang diberi nama Anthony telah selamat dilahirkan.

hsgemilang.blogspot.my

Setelah kelahiran seorang waris dan merupakan anak yang kedua, 
Beliau telah mula merancang untuk membina rumah yang lebih besar untuk keluarganya.

hsgemilang.blogspot.my
Kesahihan gambar Anthony  masih didalam
kajian sehingga saat ini
Seramai 70 orang buruh daripada Madras, India dan juga bahan seperti
 batu bata dan batu mamar yang terpilih dibawa ke tanah Melayu.

hsgemilang.blogspot.my
Sebahagian daripada Pekerja Beliau yang mempunyai bidang tugas yang berlainan
Dalam rancangan Beliau untuk membina menara setinggi 6 tingkat yang 
akan dilengkapi Lif. Sekiranya pembinaan ini siap sepenuhnya akan menjadi 
Menara yang pertama di Malaya pada ketika itu yang menggunakan Lif.

hsgemilang.blogspot.my

Istana ini juga akan dilengkapi dengan gelanggang tenis tertutup 
yang berada pada tingkat dua dan mempunyai halaman 
di atas bumbung untuk acara yang berkaitan dengan hiburan.

.
Semasa pembinaannya, wabak penyakit yang dikenali 
Spain Flu telah mula menular ke seluruh Asia yang mula 
merebak daripada Eropah.
Kebanyakkan pekerja mulai bimbang setelah ada 
yang dijangkiti wabak ini. 
Pekerjanya telah meminta persetujuan 
untuk mendirikan sebuah Kuil 
untuk ritual keagamaan yang di 
anuti oleh mereka.

hsgemilang.blogspot.my

Sebagai balasan atas kemuliaan majikannya, 
pekerja ini telah mendirikan sebuah 
patung menyerupai beliau yang 
diletakkan bersebelahan dengan 
patung-patung lain.

hsgemilang.blogspot.my

Selain daripada kedudukannya yang amat strategik, 
terdapat juga  beberapa Terowong 
yang di sambungkan daripada Istana ke arah Kuil.

hsgemilang.blogspot.my

Struktur Istana ini begitu unik sehinga telah diterbitkan satu artikel mengenainya 
di dalam akhbar London Financier pada tahun 15 September 1911.

hsgemilang.blogspot.my

William Kellie Smith telah meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas mendapat penyakit radang paru-paru semasa lawatannya yang singkat di Lisbon, Portugal pada tahun 1926.

hsgemilang.blogspot.my

Ada yang mengatakan tujuan lawatan tersebut untuk 
menguruskan pembelian Lif untuk kegunaan Menara Istananya.

hsgemilang.blogspot.my

Agnes, isteri William telah berputus asa dengan kematian suaminya 
mengambil keputusan untuk kembali ke Scotland. Akhirnya, Kellas House dan Istana Kellie, 
telah dijual kepada sebuah syarikat British yang dikenali sebagai Harrisons dan Crosfield Company.

Keturunan daripada pekerja yang dibawa ke Tanah Melayu untuk bekerja 
di rumah Mendiang masih tinggal berhampiran Istana tersebut sehingga saat ini.

hsgemilang.blogspot.my

Istana Kellie merupakan salah satu daripada tarikan pelancong yang popular 
dan telah digunakan sebagai salah satu lokasi filem seperti 
'Anna and the King' dan filem '2000 Skyline Cruisers' 
termasuk filem dibawah ini.

hsgemilang.blogspot.my

Dengan kisah ini, sekiranya hanya mendengar cerita atau membacanya tanpa melawati  
Lokasi ini sesuatu yang merugikan sekiranya berada di Batu Gajah, Perak.

hsgemilang.blogspot.my




Type Of Package


A. Day Tours - Per Head RM20 
(maximum 10 persons in One Group/Vehicle)
(price exclude Ticket Entrance)

Meeting Point


Airport,Railway Station/Terminal Bas Aman Jaya 
(Ipoh Area) - Pickup

Hotel 
(Ipoh Area) Pickup

Others
Upon Request (different rate)

Duration
3-4 hours

LocationKellie's Castle

Bonus Location : Teh Gaharu


~ HS Gemilang Tours and Travels ~




Friday, November 6, 2015

Tips Untuk Pergi Melancong iaitu 14 Perkara Perlu Di Beri Perhatian Dan 8 Perkara Perlu Anda Sediakan

Tips Untuk Pergi Melancong

Dibawah Adalah 14 Tips Sebelum Anda Pergi Bercuti Bersama Orang Yang Tersayang


Waktu cuti persekolahan akan tiba tidak lama lagi, mungkin ramai dikalangan Ibu-Bapa telah membuat tempahan awal untuk bercuti. Dibawah ini, ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum memulakan percutian Anda sekeluarga.


14 Perkara Yang Perlu Anda Elakkan adalah ;

1. Membawa muatan yang berlebihan.
Membawa pakaian yang berlebihan sehingga 
sukar untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain

2. Tiada membawa Ubat-ubatan
Hanya yang Asas sahaja iaitu Ubat 
sakit kepala, Minyak Angin dan Plaster Luka

3. Tidak menukar Duit mengikut Negara yang Anda Lawati
Sebaiknya bercutilah di dalam Negara, melainkan 
semua tempat telah Anda terokai

4. Tiada Ketua
Maksudnya apabila 
hendak bercuti dalam bentuk kumpulan, 
seseorang hendaklah menerajui segala pergerakkan

5. Membawa Makanan Ringan Berlebihan
Hanya bawa ala kadar sahaja, 
ke mana jua yang Anda 
pergi sesuatu tempat 
pasti ada Mini 
Market

6. Senarai
Segala peralatan atau 
pakaian perlu ada senarai yang 
bersesuaian mengikut tempat dan jumlah hari. 
Ini untuk mengelakkan daripada Terlebih ataupun Tertinggal

8 Perkara Yang Perlu Anda Sediakan

1. Tisu Lembap / Kering / Wanita
Perkara ini nampak umpama remeh, tetapi 
di saat genting bahan ini perlu ada terutama Wanita

2. Cermin Mata Hitam / Sunglasses
Walau digunakan untuk nampak 
Bergaya, tetapi diperlukan 
saat matahari bersinar 
erang.

3. Shampoo / Conditioner / Sabun
Jika Anda menginap di Hotel, lupakan perkara ini. 
Tetapi, jika percutian Anda menginap di Homestay ianya amat diperlukan.

4. Sikat Rambut
Jika ini Anda tertinggal, 
bermakna Anda sekeluarga umpama baru 
turun daripada Keretapi yang tidak mempunyai tingkap 
cermin, setiap ahli keluarga rambut kelihatan kembang dan kusut masai

5.  Ubat-ubatan
Hanya Asas iaitu 
Minyak Angin / Panadol / 
Ubat Cirit Birit / Plaster Luka

6. Plastik
Untuk menyimpan 
pakaian yang telah digunakan

7. Seluar Jenis Khakis
Elakkan daripada memakai seluar 
jenis Jeans, ianya amat panas dan tidak selesa

8. Baju T-Shirt
Memandangkan cuaca Negara 
kita ini panas, amatlah sesuai menggunakan 
pakaian yang sesuai d
engan Iklim

Harap dengan serba sedikit penjelasan diatas, dapat memberi informasi yang berguna untuk Anda semua.

Selamat Bercuti


8 Perkara Perlu Di Ambil Perhatian Apabila Anda Bercuti Bersama Yang Tersayang

Semasa Bercuti ada 8 Perkara Yang Perlu Diberikan Perhatian

Dalam pada masa terdekat ini, cuti sekolah akan bermula dan kebanyakkan keluarga merancang percutian di setiap lokasi yang menarik.Pastikan percutian mengikut bajet dengan harga yang murah dan memenuhi setiap tempat untuk percutian Anda.


Kita sungguh bertuah kerana dalam Negara ini terdapat banyak tempat untuk melancong.
Sekiranya Anda mempunyai tempat yang menarik untuk melancong dan tempat untuk menginap, senaraikan tempat yang Anda impikan atau boleh memilih Destinasi yang telah disediakan.

Nyatakan Keinginan Anda ;

1. Destinasi Percutian

2. Jumlah Hari

3. Tarikh

4. Jumlah orang


Dengan maklumat diatas, kami akan pastikan setiap yang mengikuti pakej ini akan dapat membezakan kos percutian ini jauh lebih murah daripada mengelolakan sendiri.

Selain daripada Kos Anda juga dapat menjimatkan;

1. Anda boleh berehat sepanjang perjalanan

2. Segala tempat penginapan telah diuruskan dan  
segala aktiviti telah disediakan

3. Tidak perlu membaik pulih kenderaan Anda.

4.  Percutiaan bersama-sama orang yang tersayang 
(maksimum 10 orang) didalam satu kenderaan.

Wednesday, November 4, 2015

Pulau Pangkor Antara 10 Pusat Peranginan Yang Menyimpan Sejarah dan Antara Yang Tercantik Di Waktu Matahari Terbenam

Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Teluk Nipah, Pangkor Island

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau peranginan di perairan Perak, Malaysia dan mempunyai penduduk kira-kira 25,000. Pulau-pulau yang berhampiran termasuklah Pangkor Laut Island, Pulau Talang,Pulau Giam dan Pulau Mentagor

Industri utama di pulau ini ialah pelancongan dan perikanan.



https://hsgemilang.blogspot.my
Peta Pulau Pangkor
Secara Geografi, Pulau Pangkor mempunyai kawasan tanah 
18km kaki persegi. Bahagian dalam pulau ini diliputi hutan 
yang mempunyai 65 spesies reptilia, 17 spesies amfibia,
dan 82 spesies herpetofaunal.

https://hsgemilang.blogspot.my
Spesis Herpetofaunal
Diantara spesis herpetofaunal


https://hsgemilang.blogspot.my
Antara spesis yang terdapat di Pulau Pangkor
Dari segi sejarah, Pangkor adalah tempat perlindungan bagi 
nelayan tempatan, pedagang dan lanun. 
Pada abad ke-17, Belanda membina kubu dalam usaha untuk 
mengawal perdagangan bijih timah Perak dikenali sebagai 
Kota Belanda. Pada tahun 1874, ia merupakan lokasi 
perjanjian bersejarah antara kerajaan 
British dan pesaing untuk takhta Perak (Perjanjian Pangkor), 
yang bermula penguasaan penjajah British di Semenanjung 
Tanah Melayu. Nama British lama untuk Pulau Pangkor 
adalah Dindings.


https://hsgemillang.blogspot.my
Kota Belanda
Antara Kota Belanda yang terdapat disekitar Pulau Pangkor, 
Kota Belanda di Pulau Pangkor adalah semasa Belanda cuba 
untuk mengawal perdagangan di Semenanjung Melayu.

Kedudukan Meriam yang terdapat di Kota Belanda menghadap Laut
Kubu ini dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk simpanan 
dan perlindungan bekalan timah dari kesultanan Perak. Kota 
ini dimusnahkan pada tahun 1690 oleh orang Melayu yang 
tidak puas hati dengan kaedah yang digunakan oleh Belanda 
dalam mendapatkan hasil bumi. Ia telah dibina semula oleh 
Belanda pada 1743 dan dikawal selia oleh 60 askar untuk 
mengawal kubu sehingga 1748.

Peninggalan Belanda diwaktu penjajahannya
Adakah Anda Masih Mengikuti Kisah Pulau Pangkor Ini ?

a. Apakah yang disampaikan dalam 'Post' kali ini.
b. Apa yang Anda dapat dalam 'Post ini.
c. Adakah ianya amat berguna dalam kehidupan Anda ?

Untuk sampai ke Pulau Pangkor mempunyai 2 alternatif 
iaitu melalui Feri awam ataupun kapal terbang.
Feri awam berlepas dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor 
bermula dari 06:45 pagi hingga 07:30 malam. 

https://hsgemilang.blogspot.my
Lapangan Terbang Pulau Pangkor dan Jeti Feri di Lumut
Terdapat dua hentian di Pulau Pangkor, kedua-dua hentian 
berada di sebelah timur Pulau Pangkor. 
Hentian pertama adalah di Sungai Pinang, kebiasaannya 
penduduk tempatan menggunakan Jeti ini.
Manakala Hentian kedua ialah di Jeti Pangkor Town, 
di mana kedai-kedai dan bangunan kerajaan wujud berdekatan. 

Harap Anda tidak turun diwaktu perhentian yang pertama  
Perkhidmatan teksi bersedia menanti kedatangan Anda untuk ke 
hotel-hotel yang terletak di sebelah barat.
Satu lagi feri swasta berlepas dari Marina Island ke 
Pulau Pangkor Laut. 
Untuk perkhidmatan melalui udara boleh menggunakan 
Lapangan Terbang Pangkor.

https://hsgemilang.blogspot.my
Teksi berwarna Pink yang amat unik, bersedia menanti kedatangan Anda
Pantai barat Pangkor terkenal dengan pantai, pusat peranginan 
dan hotel untuk penginapan pelancong. 
Pantai yang popular di sana termasuk Pasir Bogak, Teluk Nipah 
dan Pantai Coral.
Manakala di Pantai timur Pangkor dipenuhi oleh penduduk tempatan, 
bekerja dalam industri makanan tempatan dan aktiviti perikanan, 
termasuk kilang kering ikan, bengkel bot dan ternakan ikan. 
Antara tempat tarikan di pulau itu adalah ;

Batu Bersurat

Di Pulau Pangkor juga terdapat Batu Bersurat
Tokong untuk beragama Budha
https://hsgemilang.blogspot.my
Kuil Fu Ling Kong
Terdapat Mini China Great Wall di kawasan ini

Mini China Great Wall sebagai tarikan pengunjung
Terdapat juga Kuil untuk penduduk yang beragama Hindu
Kuil Sri Vadapathira Kaliamman
Tidak ketinggalan juga Masjid di Pulau Pangkor pada yang 
beragama Islam untuk Beribadah

Masjid Teluk Raja Bayang
Keindahan pantai dan aktiviti yang terdapat di Teluk Nipah 
sedia menanti kedatangan Anda

Pantai yang bersih 
Salah satu aktiviti yang harus Anda ikuti


Meluncur laju dengan Jet Ski

Kemudahan Jet Ski yang diediakan

Aktiviti Snorkling yang mengasyikkan

Hanya berbekalkan sekeping Roti kering, Anda dikerumuni berbagai spesis Ikan





Jangan melepaskan peluang apabila menginap di Teluk Nipah, melihat dan merakam saat Matahari terbenam. Satu keindahan dan ketenangan tercipta oleh Pencipta.






Ikutilah Pakej Percutian Kami Yang Menarik 

Package Type

1. The Beach and Island - 2 days / 1 night or 3 days / 2 nights

2. Group Holidays Adventure Tours - 4 days / 3 nights 
   (Pangkor Island on the 3rd night)

Fill up "Plan Your Trip" form at the Home Page,
 we will provide minimum Cost within your 
Budget Holiday

Pick-up Point

1. Aman Jaya Bus Terminal, Ipoh
2. Railway Station, Ipoh
3. Sultan Azlan Shah Airport, Ipoh
4. Hotel (Ipoh Area)


Group Holidays Adventure Tours

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense