page contents

Thursday, January 28, 2016

Trip Pengangkutan Ipoh ke Danok, Thailand Hanya Untuk 10 orang sahaja

Pakej Pengangkutan Ipoh ke Danok, Thailand dengan Kenderaan Yang Selesa

Dari Ipoh ke Danok, Kami Menyediakan Pakej Pengangkutan 2 Hala untuk 10 orang sahaja

Pakej Pengangkutan Yang Murah dari Ipoh ke Danok, Hanya RM1000 Untuk Perjalanan 2 Hala ( 2 hari 1 malam)

Kami menawarkan Pakej Percutian selama 2 Hari 1 Malam kepada Kumpulan yang tidak mempunyai Pengangkutan.

Pakej Terhad hanya untuk 10 orang sahaja

Trip Perjalanan 2 Hala daripada Ipoh > Danok > Ipoh hanya RM1000 sahaja




https://hsgemilang.blogspot.com
Danok, Thailand


Wednesday, January 27, 2016

Khazanah Resepi Masakan Tradisional Melayu Yang Mampu Memenuhi Citarasa selama 365 Hari

Resepi Masakan Tradisional Melayu untuk Hari ke 1

Mulai hari ini, selain daripada menyiarkan Lokasi Percutian dan Pengangkutan Sukacita ingin berkongsi Resepi Masakan Melayu Tradisional

Masakan Melayu Tradisional mempunyai Kelazatan tersendiri dan agar ianya tidak ditelan zaman, ingin Abadikan Resepi Tradisional Melayu didalam Blog ini untuk perkongsian bersama.

Untuk Hari Pertama Resepinya Adalah 

Sup Ayam Tradisional Melayu

Bahan 1

1 Ekor Ayam
4 Biji Ubi Kentang
1 Batang Lobak Merah
1 Pokok Daun Sup dan Daun Bawang
1 Sudu Teh Lada Hitam
Garam Secukup Rasa
Bawang Goreng
5 cawan Air



https://hsgemilang.blogspot.com
Bahan 1


























Bahan 2

5 Biji Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
Seinci Halia
(Semua Bahan ini perlu Dihiris)

https://hsgemilang.blogspot.com
Bahan 2











Bahan 3

2 Kuntum Bunga Lawang
5 Kuntum Bunga Cengkih
2 Biji Buah Pelaga
1 inci Kulit Kayu Manis


https://hsgemilang.blogspot.com
Bahan 3


















Cara Memasak

1. Bersihkan Ayam Yang Telah Dipotong

2. Panaskan Minyak dan Masukkan Bahan 2 dan 3

3. Masukkan Ayam dan kacau semua bahan ini sehingga rata

4. Masukkan Ubi Kentang, Lobak Merah, Air dan Garam secukup rasa

5. Masak sehingga Ubi Kentang dan Lobak Merah menjadi Lembut

6. Masukkan ke dalam Mangkuk hidangan dan taburkan Bawang Goreng, Daun Sup dan Daun Bawang diatasnya.


https://hsgemilang.blogspot.com
Yummmyyyy.....


Sunday, January 24, 2016

Antara 5 Sejarah Yang Tersimpan Disebalik Bangunan Kelab Ipoh DiRaja - Royal Ipoh Club

Ianya dibina pada tahun 1895, Kelab Ipoh DiRaja - Royal Ipoh Club kini telah melepasi usia 100 tahun.

Ia mungkin telah ditubuhkan lebih awal daripada tahun 1895 tetapi rekod sejarahnya telah hilang semasa pendudukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Rumah kelab ini yang menyimpan pelbagai sejarah pada asalnya telah dibina untuk memenuhi keperluan pegawai-pegawai kolonial British yang berpangkalan di Ipoh.

https://hsgemilang.blogspot.com
Padang Ipoh pernah digunakan untuk permainan Kriket
oleh Pegawai British pada waktu dahulu


























Kegunaan Kelab ini pada waktu dahulu untuk memenuhi keperluan Pegawai-pegawai Kolonial British dimana ianya digunakan sebagai tempat untuk berkumpul dan bertukar-tukar maklumat.

https://hsgemilang.blogspot.com
Pemandangan dari bahagian belakang












Pada zaman penjajah, kelab ini hanya dibuka keahlian hanya untuk "Whites" yakni hanya untuk berkulit putih sahaja iaitu terdiri daripada Pegawai-pegawai kolonial British. Sultan Perak adalah individu yang pertama yang dijemput untuk menjadi ahli pada ketika itu,

Semasa Perang Dunia II, tentera Jepun menggunakan Bangunan ini sebagai pusat Dobi. Markas utama Tentera Jepun ketika itu hanya terletak bersebelahan iaitu Bangunan Sekolah St Michaels.

https://hsgemilang.blogspot.com
Pada bahagian belakang menghadap Padang Ipoh



















Hanya selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, semakin ramai rakyat Malaysia telah diterima sebagai ahli. Rakyat Malaysia pertama menjadi ahli Kelab adalah Eu Tong Sen, seorang pelombong bijih timah.
Selepas itu, Encik Lim Chen Chuan dipilih sebagai Presiden Kelab pada tahun 1959. Ia menandakan permulaan era baru dari Kelab Ipoh Diraja dengan rakyat Malaysia mengambil alih pucuk pimpinan.

Pada waktu ini, Sultan Perak adalah sebagai Penaung Diraja, dan ianya telah menjadi kebanggaan kepada semua ahli tanpa mengira bangsa dan agama.

DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah & Permaisuri Tuanku Zara
















Kelab Ipoh DiRaja adalah salah satu Lokasi didalam program "Ipoh Heritage Walk".

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense