page contents

Saturday, November 7, 2015

Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak, 30 Fakta Yang Perlu Anda Ketahui Mengenai Istana Ini

Kellie's Castle, 30 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenainya

30 fakta tentang Kellie's Castle akan sentiasa di bicarakan dengan satu syarat iaitu Senibina Bangunan ini akan terus di kawal selia untuk memastikan ketahanannya kekal pada waktu jangka yang lebih lama.

Untuk apa jika hanya menyimpan satu Sejarah hanya yang terkandung didalam Buku. Ianya di karang oleh berbagai khayalan atau imaginasi oleh seseorang yang bernama Penulis dan hanya bersertakan kepingan Gambar yang dicetak . Kellie's Castle akan terus dianggap Sejarah yang Terulung bukan hanya berdasarkan cerita yang telah disampaikan itu telah berusia melebihi ratusan tahun. Tetapi yang menjadikannya Istana yang Terulung dan Unik kerana sehingga saat ini, pada waktu ini setiap 30 fakta yang melibatkan Senibina Kellie's Castle masih tetap kekal berada di depan mata.

Mungkin satu hari nanti, cerita Kellie's Castle hanya ada didalam buku bersertakan gambarnya yang dirakam berbagai sudut. Jika ini terjadi, maka kehebatan Sejarah mengenainya akan luput dan hilang ditelan zaman. Jika itu terjadi, maka nilai dan erti Sejarah itu tidak akan kekal di Negara ini dan kepada semua pihak yang terlibat untuk menjaganya telah buta Sejarah dan telah duduk ditempat yang bukan sepatutnya.

hsgemilang.blogspot.my
Senibina Bangunan Yang Masih Kekal seiring dengan Sejarah
Ikutilah fakta-fakta yang telah dijadikan sebagai satu lipatan 
Sejarah berdasarkan Senibina Istana ini.

Istana Kellie (kadang kala ia juga dikenali sebagai Folly Kellie) ialah sebuah istana 
yang terletak berhampiran pekan Batu Gajah, Perak, Pembinaannya tidak sempat 
untuk disempuranakan setelah kematiannya. Istana ini di rancang pembinaannya 
dan di miliki oleh seorang yang berasal daripada Scotland yang bernama 
William Kellie Smith.

hsgemilang.blogspot.my

Menurut pendapat yang berbeza, Istana ini dibina sebagai hadiah kepada isterinya ataupun anaknya. 
Kedudukan Kellie Castle bersebelahan dengan sebatang anak Sungai 
yang mengalir di kaki bukit diberikan nama 
Sungai Raya dan ianya bersambung dengan 
Sungai utama Negeri Perak iaitu Sungai Kinta.

hsgemilang.blogspot.my

Setelah beradanya Beliau di Tanah Melayu pada ketika itu, telah menyertai firma kajian Charles Alma Baker, yang telah memenangi konsesi kontrak daripada kerajaan negeri untuk membersihkan 9.000 hektar hutan di Batu Gajah, Perak. 

hsgemilang.blogspot.my

Dengan menikmati keuntungan besar yang diperolehi oleh perniagaan dengan Baker,
Smith telah membeli 1,000 ekar (405 hektar) tanah hutan di daerah Kinta dan mula 
menanam pokok getah dan berkecimpung di dalam Industri perlombongan Bijih Timah. 

Dengan hasil kekayaannya, dia telah pulang ke Scotland untuk berkahwin dengan kekasih hati beliau, iaitu Agnes.Pasangan suami isteri ini tiba pada tahun 1903 dan bermulalah kisah hidupan mereka berdua di Kella's House sehingga terancangnya pembinaan Kellie's Castle.


hsgemilang.blogspot.my

Pada tahun berikutnya, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Helen. Kisah hidup anak perempuan pasangan ini menjadi bualan juga kerana sehingga saat ini masih tidak dapat mengesan jejak kehidupannya selepas anak gadis ini meninggalkan Tanah Melayu.

Pada tahun 1909 Smith telah membina rumah beliau yang pertama yang diberi nama 'Kellas House'. Setelah 6 tahun mereka tinggal di Kellas House, anak kedua yang diberi nama Anthony telah selamat dilahirkan.

hsgemilang.blogspot.my

Setelah kelahiran seorang waris dan merupakan anak yang kedua, 
Beliau telah mula merancang untuk membina rumah yang lebih besar untuk keluarganya.

hsgemilang.blogspot.my
Kesahihan gambar Anthony  masih didalam
kajian sehingga saat ini
Seramai 70 orang buruh daripada Madras, India dan juga bahan seperti
 batu bata dan batu mamar yang terpilih dibawa ke tanah Melayu.

hsgemilang.blogspot.my
Sebahagian daripada Pekerja Beliau yang mempunyai bidang tugas yang berlainan
Dalam rancangan Beliau untuk membina menara setinggi 6 tingkat yang 
akan dilengkapi Lif. Sekiranya pembinaan ini siap sepenuhnya akan menjadi 
Menara yang pertama di Malaya pada ketika itu yang menggunakan Lif.

hsgemilang.blogspot.my

Istana ini juga akan dilengkapi dengan gelanggang tenis tertutup 
yang berada pada tingkat dua dan mempunyai halaman 
di atas bumbung untuk acara yang berkaitan dengan hiburan.

.
Semasa pembinaannya, wabak penyakit yang dikenali 
Spain Flu telah mula menular ke seluruh Asia yang mula 
merebak daripada Eropah.
Kebanyakkan pekerja mulai bimbang setelah ada 
yang dijangkiti wabak ini. 
Pekerjanya telah meminta persetujuan 
untuk mendirikan sebuah Kuil 
untuk ritual keagamaan yang di 
anuti oleh mereka.

hsgemilang.blogspot.my

Sebagai balasan atas kemuliaan majikannya, 
pekerja ini telah mendirikan sebuah 
patung menyerupai beliau yang 
diletakkan bersebelahan dengan 
patung-patung lain.

hsgemilang.blogspot.my

Selain daripada kedudukannya yang amat strategik, 
terdapat juga  beberapa Terowong 
yang di sambungkan daripada Istana ke arah Kuil.

hsgemilang.blogspot.my

Struktur Istana ini begitu unik sehinga telah diterbitkan satu artikel mengenainya 
di dalam akhbar London Financier pada tahun 15 September 1911.

hsgemilang.blogspot.my

William Kellie Smith telah meninggal dunia pada usia 56 tahun selepas mendapat penyakit radang paru-paru semasa lawatannya yang singkat di Lisbon, Portugal pada tahun 1926.

hsgemilang.blogspot.my

Ada yang mengatakan tujuan lawatan tersebut untuk 
menguruskan pembelian Lif untuk kegunaan Menara Istananya.

hsgemilang.blogspot.my

Agnes, isteri William telah berputus asa dengan kematian suaminya 
mengambil keputusan untuk kembali ke Scotland. Akhirnya, Kellas House dan Istana Kellie, 
telah dijual kepada sebuah syarikat British yang dikenali sebagai Harrisons dan Crosfield Company.

Keturunan daripada pekerja yang dibawa ke Tanah Melayu untuk bekerja 
di rumah Mendiang masih tinggal berhampiran Istana tersebut sehingga saat ini.

hsgemilang.blogspot.my

Istana Kellie merupakan salah satu daripada tarikan pelancong yang popular 
dan telah digunakan sebagai salah satu lokasi filem seperti 
'Anna and the King' dan filem '2000 Skyline Cruisers' 
termasuk filem dibawah ini.

hsgemilang.blogspot.my

Dengan kisah ini, sekiranya hanya mendengar cerita atau membacanya tanpa melawati  
Lokasi ini sesuatu yang merugikan sekiranya berada di Batu Gajah, Perak.

hsgemilang.blogspot.my




Type Of Package


A. Day Tours - Per Head RM20 
(maximum 10 persons in One Group/Vehicle)
(price exclude Ticket Entrance)

Meeting Point


Airport,Railway Station/Terminal Bas Aman Jaya 
(Ipoh Area) - Pickup

Hotel 
(Ipoh Area) Pickup

Others
Upon Request (different rate)

Duration
3-4 hours

LocationKellie's Castle

Bonus Location : Teh Gaharu


~ HS Gemilang Tours and Travels ~




No comments:

Post a Comment

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense