page contents

Wednesday, November 4, 2015

Pulau Pangkor Antara 10 Pusat Peranginan Yang Menyimpan Sejarah dan Antara Yang Tercantik Di Waktu Matahari Terbenam

Teluk Nipah, Pulau Pangkor

Teluk Nipah, Pangkor Island

Pulau Pangkor adalah sebuah pulau peranginan di perairan Perak, Malaysia dan mempunyai penduduk kira-kira 25,000. Pulau-pulau yang berhampiran termasuklah Pangkor Laut Island, Pulau Talang,Pulau Giam dan Pulau Mentagor

Industri utama di pulau ini ialah pelancongan dan perikanan.



https://hsgemilang.blogspot.my
Peta Pulau Pangkor
Secara Geografi, Pulau Pangkor mempunyai kawasan tanah 
18km kaki persegi. Bahagian dalam pulau ini diliputi hutan 
yang mempunyai 65 spesies reptilia, 17 spesies amfibia,
dan 82 spesies herpetofaunal.

https://hsgemilang.blogspot.my
Spesis Herpetofaunal
Diantara spesis herpetofaunal


https://hsgemilang.blogspot.my
Antara spesis yang terdapat di Pulau Pangkor
Dari segi sejarah, Pangkor adalah tempat perlindungan bagi 
nelayan tempatan, pedagang dan lanun. 
Pada abad ke-17, Belanda membina kubu dalam usaha untuk 
mengawal perdagangan bijih timah Perak dikenali sebagai 
Kota Belanda. Pada tahun 1874, ia merupakan lokasi 
perjanjian bersejarah antara kerajaan 
British dan pesaing untuk takhta Perak (Perjanjian Pangkor), 
yang bermula penguasaan penjajah British di Semenanjung 
Tanah Melayu. Nama British lama untuk Pulau Pangkor 
adalah Dindings.


https://hsgemillang.blogspot.my
Kota Belanda
Antara Kota Belanda yang terdapat disekitar Pulau Pangkor, 
Kota Belanda di Pulau Pangkor adalah semasa Belanda cuba 
untuk mengawal perdagangan di Semenanjung Melayu.

Kedudukan Meriam yang terdapat di Kota Belanda menghadap Laut
Kubu ini dibina oleh Belanda pada tahun 1670 untuk simpanan 
dan perlindungan bekalan timah dari kesultanan Perak. Kota 
ini dimusnahkan pada tahun 1690 oleh orang Melayu yang 
tidak puas hati dengan kaedah yang digunakan oleh Belanda 
dalam mendapatkan hasil bumi. Ia telah dibina semula oleh 
Belanda pada 1743 dan dikawal selia oleh 60 askar untuk 
mengawal kubu sehingga 1748.

Peninggalan Belanda diwaktu penjajahannya
Adakah Anda Masih Mengikuti Kisah Pulau Pangkor Ini ?

a. Apakah yang disampaikan dalam 'Post' kali ini.
b. Apa yang Anda dapat dalam 'Post ini.
c. Adakah ianya amat berguna dalam kehidupan Anda ?

Untuk sampai ke Pulau Pangkor mempunyai 2 alternatif 
iaitu melalui Feri awam ataupun kapal terbang.
Feri awam berlepas dari Jeti Lumut ke Pulau Pangkor 
bermula dari 06:45 pagi hingga 07:30 malam. 

https://hsgemilang.blogspot.my
Lapangan Terbang Pulau Pangkor dan Jeti Feri di Lumut
Terdapat dua hentian di Pulau Pangkor, kedua-dua hentian 
berada di sebelah timur Pulau Pangkor. 
Hentian pertama adalah di Sungai Pinang, kebiasaannya 
penduduk tempatan menggunakan Jeti ini.
Manakala Hentian kedua ialah di Jeti Pangkor Town, 
di mana kedai-kedai dan bangunan kerajaan wujud berdekatan. 

Harap Anda tidak turun diwaktu perhentian yang pertama  
Perkhidmatan teksi bersedia menanti kedatangan Anda untuk ke 
hotel-hotel yang terletak di sebelah barat.
Satu lagi feri swasta berlepas dari Marina Island ke 
Pulau Pangkor Laut. 
Untuk perkhidmatan melalui udara boleh menggunakan 
Lapangan Terbang Pangkor.

https://hsgemilang.blogspot.my
Teksi berwarna Pink yang amat unik, bersedia menanti kedatangan Anda
Pantai barat Pangkor terkenal dengan pantai, pusat peranginan 
dan hotel untuk penginapan pelancong. 
Pantai yang popular di sana termasuk Pasir Bogak, Teluk Nipah 
dan Pantai Coral.
Manakala di Pantai timur Pangkor dipenuhi oleh penduduk tempatan, 
bekerja dalam industri makanan tempatan dan aktiviti perikanan, 
termasuk kilang kering ikan, bengkel bot dan ternakan ikan. 
Antara tempat tarikan di pulau itu adalah ;

Batu Bersurat

Di Pulau Pangkor juga terdapat Batu Bersurat
Tokong untuk beragama Budha
https://hsgemilang.blogspot.my
Kuil Fu Ling Kong
Terdapat Mini China Great Wall di kawasan ini

Mini China Great Wall sebagai tarikan pengunjung
Terdapat juga Kuil untuk penduduk yang beragama Hindu
Kuil Sri Vadapathira Kaliamman
Tidak ketinggalan juga Masjid di Pulau Pangkor pada yang 
beragama Islam untuk Beribadah

Masjid Teluk Raja Bayang
Keindahan pantai dan aktiviti yang terdapat di Teluk Nipah 
sedia menanti kedatangan Anda

Pantai yang bersih 
Salah satu aktiviti yang harus Anda ikuti


Meluncur laju dengan Jet Ski

Kemudahan Jet Ski yang diediakan

Aktiviti Snorkling yang mengasyikkan

Hanya berbekalkan sekeping Roti kering, Anda dikerumuni berbagai spesis Ikan





Jangan melepaskan peluang apabila menginap di Teluk Nipah, melihat dan merakam saat Matahari terbenam. Satu keindahan dan ketenangan tercipta oleh Pencipta.






Ikutilah Pakej Percutian Kami Yang Menarik 

Package Type

1. The Beach and Island - 2 days / 1 night or 3 days / 2 nights

2. Group Holidays Adventure Tours - 4 days / 3 nights 
   (Pangkor Island on the 3rd night)

Fill up "Plan Your Trip" form at the Home Page,
 we will provide minimum Cost within your 
Budget Holiday

Pick-up Point

1. Aman Jaya Bus Terminal, Ipoh
2. Railway Station, Ipoh
3. Sultan Azlan Shah Airport, Ipoh
4. Hotel (Ipoh Area)


Group Holidays Adventure Tours

No comments:

Post a Comment

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense