page contents

Friday, November 20, 2015

Stesen Keretapi Ipoh - Ipoh Railway Station, Disebalik 1001 Kisah Bangunan Senibina Kolonial British

Menyingkap Kisah 1000 Cerita Di Sebalik Senibina Bangunan Stesen Keretapi Ipoh - Ipoh Railway Station

Bangunan Stesen Keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station Building), merupakan salah satu daripada Bangunan yang menyimpan 1000 kisah cerita semenjak daripada hari mulanya ia dibina

https://hsgemilang.blogspot.my

Stesen Keretapi Ipoh yang pertama telah dibina pada tahun 1894 sebagai pengangkutan utama untuk Keretapi Perak (Perak Railway). Ianya berfungsi sebagai pengangkutan awam selama 20 tahun sekitar Bandar Ipoh dan pada akhir tahun perkhidmatan ianya telah dikawal selia oleh Negeri Melayu Bersekutu Keretapi (Federated Malay States Railway)

https://hsgemilang.blogspot.my

Pada tahun 1914, pembinaan stesen kedua dan hotel untuk menggantikan stesen pertama telah bermula. Senibina Bangunan ini telah direka oleh Arthur Benison Hubback (Arkitek yang sama untuk senibina Bangunan Dewan Bandar Ipoh (Ipoh Town Hall) dan Mahkamah Tinggi Ipoh (Ipoh High Court)
https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my
Brigadier General AB Hubback
Kisah Mengenai AB Hubback boleh dirujuk daripada Post bertajuk Ipoh Town Hall

Telah dibuka secara rasmi pada tahun 1917, kelihatan War Memorial 
dibina pada bahagian hadapan Bangunan ini.

https://hsgemilang.blogspot.my

Berdasarkan sejarah semasa pembinaannya, masaalah yang dihadapi pada zaman itu adalah kekurangan bahan dan kos buruh telah meningkat secara 
mendadak semasa Perang Besar (Great War).

https://hsgemilang.blogspot.my

Bangunan ini mempunyai dua tingkat, bahagian pentadbiran di bahagian bawah dan Hotel Majestic beroperasi di tingkat atas. Hotel ini juga mempunyai ruang untuk Restoran dan Bar.
Pada awal perkhidmatan Hotel ini hanya menawarkan 17 bilik pada bahagian tingkat dua, dan telah dinaik taraf spenuhnya kepada 21 bilik pada tahun 1936.

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

Sebagai Maklumat, Hotel ini tdak lagi beroperasi dan sebagai Warga Bandar Ipoh amat terkilan dengan Pihak yang mentadbirkannya kerana ia telah mencacatkan Senibina Sejarah ini

Adakah masih mengikuti Artikel ini ?
Apakah yang Anda Pelajari hasil bacaan daripada Artikel ini ?
Adakah ianya memberi faeddah kepada Anda ?

Stesen Keretapi Ipoh, antara perkhidmatan yang digunakan sebagai 
pengangkutan utama semasa zaman kegemilangan Bijih Timah dan 
Ipoh adalah Bandar yang sibuk ketika itu jika dibandingkan dengan Bandar 
lain diseluruh Malaysia. 
Selain daripada Stesen Keretapi, Bangunan ini juga menempatkan 
sebuah Hotel pada bahagian atasnya yang dikenali sebagai 
Hotel Majestic (Majestic Hotel)
https://hsgemilang.blogspot.my

Perkhidmatan ini telah melalui era abad 21 dan dimodenkan dengan menggunakan 
Kuasa Elektrik yang lebih dikenali sebagai Electric Train Service (ETS).
Ia berfungsi sebagai terminal kereta api utama bagi negeri ini dan ianya dibawah pentadbiran 
Keretapi Tanah Melayu, yang menawarkan perkhidmatan Intercity KTM, perkhidmatan ETS, serta mengendalikan kereta api barang.

https://hsgemilang.blogspot.my
Era Daripada Tenaga Stim hingga ke Elektrik
Pada bahagian hadapan Bangunan ini, ada sebatang Pokok yang ditanam pada 1980 
dan dikenali sebagai Pokok Ipoh (Upas).
Getah pokok ini mengandungi racun dan ianya 
digunakan oleh penduduk Orang Asli untuk memburu binatang. 
Getah pokok ini akan disapu pada bahagian busur anak panah

https://hsgemilang.blogspot.my

Selain daripada Pokok Ipoh, pada bahagian sisi kanan halaman tersebut mempunyai batu peringatan yang dikenali sebagai Memorial War.
Ia mengenangkan Askar dan Rakyat yang terkorban semasa ;

Pembinaan Landasan Maut antara Thai dan Burma

The Malayan Emergency 1948 - 1960

Indonesian Confrontation 1962-1965

The Re-Insurgency 1972 - 1990

Great War - 1914 - 1918

World War 1939 - 1945

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

Bangunan baru yang telah dibuka pada tahun 1917 ternyata amat berbeza. 
Rekabentuk bercirikan Kolonial Barat dan hasil senibina asas
ini telah dicampurkan dengan elemen
 "Neo-Moorish/Mughal/Indo-Saracenic/Neo-Saracenic" 
yang menggambarkan senibina 
British Indian Colonial.
Amat berbeza jika dibandingkan dengan senibina 
Stesen Keretapi Kuala Lumpur, 
kerana bahagian luaran bercirikan kebaratan

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

Pada waktu malam, keindahan Bangunan ini begitu ketara apabila 
diterangi lampu dan keindahan Air Pancut yang beraneka warna

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my

https://hsgemilang.blogspot.my




Type Of Package

A. Day Tours - Ipoh Heritage Walk
Per Head RM20 
(maximum 10 persons in One Group/Vehicle)

Meeting Point

Airport,Railway Station/Terminal Bas Aman Jaya 
(Ipoh Area) - Pickup

Hotel 
(Ipoh Area) Pickup

Others
Upon Request (different rate)

Duration : 3-4 hours

Location : Ipoh Old Town 


No comments:

Post a Comment

Package for Travel and Transport








Transportation Service
Maximum 10 Persons
Airport Pickup











Adsense

Adsense